Menerima Tempahan Sulaman Manik Dan Labuci Pada Busana Serta Tudung Dan Menjual peralatan sulaman manik
Stone
Cantik batu ni...............tetapi dengan memandang batu ini kita boleh dapat ilham untuk menghasilkan sesuatu rekaan pada busana.Pada saya setiap yang berada disekeliling saya mendatangkan ilham untuk diterapkan dalam bentuk sulaman manik pada busana pelanggan saya.Insyallah nanti berkesempatan saya akan upload ganbar baju pelanggan saya yang disulam mengikut tema stone ni....
Teknik Gelang
Pada bahagian lengan busana ni saya gunakan teknik gelang.Teknik gelang ni memang cantik dan ringkas untuk digayakan ke pejabat atau majlis-majlis.Jika berminat dengan sulaman ni bolehlah hubungi saya.
Yellow Dashing Lady Orchid Dan Bleeding Heart
Ini rupa olah saya daripada 2 bunga iaitu Yellow Dashing Lady Orchid Dan Bleeding Heart.Ia mengambil masa 4 hari untuk disiapkan pada bahagian badan.
Teringin
Semalam terasa teringin sangat nak makan Kek Tiramisu dan Nasi Lemak.Lepas solat Mahgrib terus ke bandar.Destinasi pertama mestilah ke Kuantan Prade untuk mencari Kek Tiramisu.Ini bukan apa mungkin dah terkena sidrom slot drama TV3 iaitu Tiramisu hehehehe.....
Inilah rupa Kek Tiramisu Cheese yang dibeli...punyalah sedap harganya RM5.00 sahaja.Best sangat.Ingat nak beli Kek Tiramisu je tersambar plok Pandan Layer hehehhehe......
Yellow Dashing Lady Orchid Dan Bleeding Heart
Yellow Dashing Lady Orchid
Walaupun orkid tidak mengeluarkan bau yang wangi seperti bunga ros tetapi orkid tetap gah berdiri kerana mempunyai keunikkan yang ada pada dirinya.
Orkid in ada 2 spesies iaitu Terrestial dan Epiphyte dan mempunyai pertumbuhan yang berbeza mengikut spesias.
Pertumbuhan ini adalah Monopodial iaitu batang serta daun tumbuh sehala selain memanjang keatas serta diakhir dengan bunga dihujung atau sisi batang.Simpidial pula orkid yang tumbuh di atas rizomnya.
Bleeding Heart Flower
Bleeding Heart atau lebih dikenali sebagai Lyre.Bunga ini berbentuk hati dan tumbuh di wilayah Asia Timur,Jepun dan Siberia.Bunga ini tumbuh menggantungkan diri pada batang dan boleh menghasilkan 3 - 15 bunga.Bunga ini mekar di awal musim semi atau pertengahan musim panas.
Dengan berilhamkan 2 bunga ini saya cuba merealisasikan pada busana milik sahabat baik saya.
Gelang
Gambar dari Internet - Sekadar untuk Hiasan
Gelang adalah salah satu aksesori yang paling digemari oleh semua wanita.Pemakaian gelang dikatakan dapat menambah keserian dan kelainan dalam berfesyen.Maka tidak hairanlah golongan remaja banyak menggunakan pelbagai aksesori seperti gelang ni.
Kali saya menggunakan teknik gelang dan dihasilkan pada busana milik seorang rakan lama saya.Kombinasi 2 warna iaitu putih dan oren menyerikan lagi bagaian lengan baju kurung ini.Saya memang gemar melakukan teknik gelang pada busana kerana cantik dan ringkas.
Kepada sesiapa yang mementingkan kesederhanaan dalam bergaya,rekaan ini amat sesuai digayakan oleh anda.Rekaan ini juga amat sesuai dengan kanak-kanak perempuan atau remaja perempuan.
Sebarang pertanyaan tentang rekaan ini atau tentang kos upah untuk rekaan ini bolehlah sms ( 019-9387372 )
atau email : yanie1303@hotmail.com / kedaialamanda.yahoo.com.Insyallah saya akan membalas secepat mungkin.Bagi yang luar kawasan bolehlah pos busana anda kepada saya.

Blue flower
Bunga ini saya cuba ilhamkan pada fabrik menggunakan pelbagai manik bulat.Warnanya yang cukup lembut dan memikat hati.Blue flower nama diberi...sebiru dan selembut empunya diri.
Busana berwarna biru ini sangat cantik.Ini adalah warna kegemaran saya.Kebaya sutera ini saya hiaskan dengan Blue Flower atas permintaan empunya baju yang mahukan satu rekaan yang ringkas.Rekaan ini tidak sarat dengan pelbagai material hanya menggunakan manik bulat,labuci daun dan pelbagai size mutiara kaca.
Rekaan ini sesuai digayakan pada waktu siang atau malam kerana rekaannya tidak terlalu menonjol.Ia amat sesuai sekali digayakan di pejabat.Dengan menggunakan Teknik Buah Beri maka terhasillah Blue Flower.
Kepada sesiapa yang hendak busananya disulam dengan gaya ringkas atau esklusif bolehlah sms pada sya : 019-9387372 atau email : yanie1303@hotmail.com / kedaialamanda@yahoo.com
Bagi yang luar dari kawasan bolehlah pos busana anda kepada saya.
Harga sangat berpatutan dan anda boleh bergaya dengan penuh elegant dengan tetapan budget anda sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)