SALAM


penatlah minggu ni terlalu penat.....tapi tidak mematahkan semangat saya utnuk menyiapkan tempahan sulaman manik pada baju customer....
Ini adalah 2 rekaan sya.

Manik Pua

Salam...
minggu yang memenatkan...terlalu banyak kerja sebab pc saya rosak...banyak kerja tertangguh.....termasuklah sulaman manik sya....terbaru sya mencuba untuk menjahit manik pua kerana sahabat saya ni tak suka terlalu menyerlah hanya mahukan manik simple sahaja bajunya....alhamdullillah akhirnya saya berjaya melakukan jahitan manik pua walaupun menghadapi kesukaran pada mulanya....

Baju sudah siap


Lama jugak untuk sya menyiapkan sulaman manik keatas baju ini...kain sutera milik seorag sahabat ini sya hiasan dengan 3 kuntum bunga daisy dan diserikan lagi dengan bunga kristal berwarna kuning.Saya jugak menggunakan labuci bunga untuk menggambarkan bunga kecil....Rekaan ini menjalar ke atas kerana corak pada kain sutera tersebut menjalar ke atas.....

In progress.............

Baju ni masih dalam proses menyulam manik.Ini adalah baju seorang sahabat saya yang berada diPenang.Saya pun tak sangka saya boleh berjumpa lagi dgan sahabat saya ni di Facebook...Terima kasih ke Facebook yang telah menghubungkan kembali saya dan sahabat2 saya dari zaman persekolahan.Sya gembira sgat kerana sahabat sya ni percaya dgn hasil kerjatangan saya ini dalam menyulaman manik untuk menghiasi baju suteranya ini....

SULAMAN MANIK

Salam...
Dah lama saya tak update blog saya ni rindu rasanya nak mencoret diruang blog saya yang tak seberapa ni.
Saya terlalu sibuk dgn aktiviti menjahit manik dan aktiviti facebook sekarang ni...tak sangka pula saya terdapat ramai kawan2 sekolah saya dahulu yang lama terputus hubungan terjalin kembali kerana facebook ini....

Saya namakan design kali ini tiga serangkai

Harga Lengan - RM40.00
Bawah baju - RM70.00
Lengan + bawah baju - RM100.00