SELAMAT BERPUASA

Hari pertama berpuasa dibulan Ramadhan,seronok sangat sebab dapat bersahur bersama-sama dengan suami tercinta.Waktu sahur tadi saya cuma goreng mee sahaja,kurma dan air yogurt nestle tu saja.Sederhana sahaja tetapi cukup seronok.


Terbaru dari Kedai Alamanda - TRAVEL KIT ( RM 12.50 )

Travel kit ini mudah untuk dibawa kemana-mana cukup lengkap dengan pelbagai barangan penjagaan diri.


Travel kit ini mengandungi : -

1) Shampoo
2) Conditioner
3) Shower gel - 3 botol
4) Showe cream
5) Laundry Liquid
6) Bio herbal - ubat gigi
7) Bio herbal plus - ubat gigi
8) Care clean - 2 botol

Di isi didalam beg uncang mudah dibawa kemana2....
Jika berminat sila sms atau email pada yanie ( 019-9387372 ) - yanie1303@hotmail.com

MILIKKI SEKARANG TRAVEL KIT INI HANYA PADA HARGA RM12.50 SAHAJA.

CUKUP BERBALOI DAN MUDAH UNTUK DIBAWA KEMANA-MANA.

KOLEKSI HARI RAYA

Kain chiffon nipis ni saya gunakan manik kristal,labuci dan manik biasa untuk menyerikan lagi busana ini.Untuk menyiapkan busana ini saya mengambil masa 2 hari kerana saya mengalami kesukaran untuk menjahit manik di atas baju ini kerana fabric terlalu lembut dan nipis.
Untik menjahit manik di atas baju ni hendaklah berhati-hati kerana terlalu nipis .

KOLEKSI RAYA 2010

Sudah lama saya tak update blog saya kerana terlalu sibuk dengan urusan pejabat dan kelas menjahit malam.Ini adalah koleksi untuk Hari Raya nanti.Jom Layan.......


jika terdapat sebarang pertayaan sila hubungi sya di yanie1303@hotmail.com

SALAM


penatlah minggu ni terlalu penat.....tapi tidak mematahkan semangat saya utnuk menyiapkan tempahan sulaman manik pada baju customer....
Ini adalah 2 rekaan sya.

Manik Pua

Salam...
minggu yang memenatkan...terlalu banyak kerja sebab pc saya rosak...banyak kerja tertangguh.....termasuklah sulaman manik sya....terbaru sya mencuba untuk menjahit manik pua kerana sahabat saya ni tak suka terlalu menyerlah hanya mahukan manik simple sahaja bajunya....alhamdullillah akhirnya saya berjaya melakukan jahitan manik pua walaupun menghadapi kesukaran pada mulanya....