salam

   Pertama sekali saya mohon kemaafan jika apa yang saya coretkan disini mengguris hati pembaca lain.Saya cuma ingin berkongsi pandangan sahaja tentang kasih sayang dan penghargaan.Bagi saya perkataan itu cukup hebat untuk digambarkan.Kasih antara keluarga,rakan-rakan dan persekitaran kita.Hargai sesuatu yang telah menjadi milik kita tanpa sebarang kesal.
   Ramai diantara kita tidak menghargai apa yang kita miliki sehinggalah kita kehilangannya.Baru kita sedar betapa bermaknanya dalam hidup kita.Seringkali nampak kekurangan walaupun tanpa kita sedari kekurangan itu adalah diri kita sendiri.Sering memuji sesuatu yang bukan milik kita....sehingga mencalar perasaan orang yang menyayangi kita..... adakah itu namanya kasih sayang dan penghargaan?
   Kasih sayang terlalu indah jika tahu menghargai...Terlalu manis jika dirasai...Kekurangku ditutupi oleh kelebihanmu dan begitulah sebaliknya.....HARGAILAH MEREKA yang sememangnya sebahagian daripada hidup anda.....Buat adik lelakiku selamat menyambut ulangtahun kelahiran....semoga hidupmu sentiasa diberkati Allah...Wasalam...


Stone

Cantik batu ni...............tetapi dengan memandang batu ini kita boleh dapat ilham untuk menghasilkan sesuatu rekaan pada busana.Pada saya setiap yang berada disekeliling saya mendatangkan ilham untuk diterapkan dalam bentuk sulaman manik pada busana pelanggan saya.Insyallah nanti berkesempatan saya akan upload ganbar baju pelanggan saya yang disulam mengikut tema stone ni....

Teknik Gelang

Pada bahagian lengan busana ni saya gunakan teknik gelang.Teknik gelang ni memang cantik dan ringkas untuk digayakan ke pejabat atau majlis-majlis.Jika berminat dengan sulaman ni bolehlah hubungi saya.

Yellow Dashing Lady Orchid Dan Bleeding Heart

Ini rupa olah saya daripada 2 bunga iaitu Yellow Dashing Lady Orchid Dan Bleeding Heart.Ia mengambil masa 4 hari untuk disiapkan pada bahagian badan.

Teringin

Semalam terasa teringin sangat nak makan Kek Tiramisu dan Nasi Lemak.Lepas solat Mahgrib terus ke bandar.Destinasi pertama mestilah ke Kuantan Prade untuk mencari Kek Tiramisu.Ini bukan apa mungkin dah terkena sidrom slot drama TV3 iaitu Tiramisu hehehehe.....

 Inilah rupa Kek Tiramisu Cheese yang dibeli...punyalah sedap harganya RM5.00 sahaja.Best sangat.Ingat nak beli Kek Tiramisu je tersambar plok Pandan Layer hehehhehe......

Inilah rupa Nasi Lemak Malaysia yang dijual dekat Cenderawasih.Siap ada keropok lagi tu.Harga cukup murah hanya RM2.00 je.Sedap pun sedap ni..rugi kalu tak cuba.Sedap dan murah.

Yellow Dashing Lady Orchid Dan Bleeding Heart

Yellow Dashing Lady Orchid


Yellow Dashing Lady Orchid suatu nama yang cukup indah.Cantik berseri dengan berwarna kuning menghiasi segenap sudut laman.Orkid banyak menjadi pilihan ramai untuk menghiasi laman kerana penjagaannya yang cukup mudah.
Walaupun orkid tidak mengeluarkan bau yang wangi seperti bunga ros tetapi orkid tetap gah berdiri kerana mempunyai keunikkan yang ada pada dirinya.
Orkid in ada 2 spesies iaitu Terrestial dan Epiphyte dan mempunyai pertumbuhan yang berbeza mengikut spesias.
Pertumbuhan ini adalah Monopodial iaitu batang serta daun tumbuh sehala selain memanjang keatas serta diakhir dengan bunga dihujung atau sisi batang.Simpidial pula orkid yang tumbuh di atas rizomnya.

Bleeding Heart Flower


Bleeding Heart atau lebih dikenali sebagai Lyre.Bunga ini berbentuk hati dan tumbuh di wilayah Asia Timur,Jepun dan Siberia.Bunga ini tumbuh menggantungkan diri pada batang dan boleh menghasilkan 3 - 15 bunga.Bunga ini mekar di awal musim semi atau pertengahan musim panas.

Dengan berilhamkan 2 bunga ini saya cuba merealisasikan pada busana milik sahabat baik saya.

Gelang

                                                Gambar dari Internet - Sekadar untuk Hiasan

Gelang adalah salah satu aksesori yang paling digemari oleh semua wanita.Pemakaian gelang dikatakan dapat menambah keserian dan kelainan dalam berfesyen.Maka tidak hairanlah golongan remaja banyak menggunakan pelbagai aksesori seperti gelang ni.


Kali saya menggunakan teknik gelang dan dihasilkan pada busana milik seorang rakan lama saya.Kombinasi 2 warna iaitu putih dan oren menyerikan lagi bagaian lengan baju kurung ini.Saya memang gemar melakukan teknik gelang pada busana kerana cantik dan ringkas.

Kepada sesiapa yang mementingkan kesederhanaan dalam bergaya,rekaan ini amat sesuai digayakan oleh anda.Rekaan ini juga amat sesuai dengan kanak-kanak perempuan atau remaja perempuan.

Sebarang pertanyaan tentang rekaan ini atau tentang kos upah untuk rekaan ini bolehlah sms ( 019-9387372 )
atau email : yanie1303@hotmail.com / kedaialamanda.yahoo.com.Insyallah saya akan membalas secepat mungkin.Bagi yang luar kawasan bolehlah pos busana anda kepada saya.