POKOK BANAT * Cattail *

Pokok Banat atau nama Englishnya Cattail.Mempunyai daun leper,tirus dan memanjang naik lurus kearah langit.Bunganya sangat halus pada jambak bunga kelihatan seperti sosej pada pencucuk.Ada juga orang memanggilnya dengan panggilan colok cina kerana bentuknya berbentuk colok.Banat ini berasal dari tropika afrika atau tropika asia dan tumbuh liar di Malaysia.Banyak digunakan sebagai hiasan laman rumah.
Nampak seperti tiada berguna tetapi tumbuhan ini sangatlah berguna dalam perubatan seperti melawaskan pembuangan air kecil,sakir perut,demam panas,menghentikan pendarahan dan digunakan sebagai rawatan selepas bersalin.Banat ini juga digunakan dalam bidang kraftangan iaitu dapat menghasilkan pelbagai anyaman tikar dan buah banat yang telah matang digunakan sebagai kapas untuk diisikan dalam bantal.
Itulah serba sedikit info tentang pokok ini yang saya akan gunakan untuk menghasilkan sulaman manik pada busana pelanggan saya....TUNGGU...........hasilnya.............digabungkan dengan bunga teratai ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan