Pertama sekali saya mohon kemaafan jika apa yang saya coretkan disini mengguris hati pembaca lain.Saya cuma ingin berkongsi pandangan sahaja tentang kasih sayang dan penghargaan.Bagi saya perkataan itu cukup hebat untuk digambarkan.Kasih antara keluarga,rakan-rakan dan persekitaran kita.Hargai sesuatu yang telah menjadi milik kita tanpa sebarang kesal.
Ramai diantara kita tidak menghargai apa yang kita miliki sehinggalah kita kehilangannya.Baru kita sedar betapa bermaknanya dalam hidup kita.Seringkali nampak kekurangan walaupun tanpa kita sedari kekurangan itu adalah diri kita sendiri.Sering memuji sesuatu yang bukan milik kita....sehingga mencalar perasaan orang yang menyayangi kita..... adakah itu namanya kasih sayang dan penghargaan?
Kasih sayang terlalu indah jika tahu menghargai...Terlalu manis jika dirasai...Kekurangku ditutupi oleh kelebihanmu dan begitulah sebaliknya.....HARGAILAH MEREKA yang sememangnya sebahagian daripada hidup anda.....Buat adik lelakiku selamat menyambut ulangtahun kelahiran....semoga hidupmu sentiasa diberkati Allah...Wasalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan